Kamis, 4 Oktober 2007 1:24:06 PM
Jakarta (MCH). Bermalam di Muzdalifah bagi jemaah haji yang ditempatkan di kawasan Muhassir akibat tidak ada tempat disebabkan terlampau ramai jemaah haji adalah sesautu yang harus dimaklumi. Hal ini dikemukakan Pengarah Pembinaan Tabung Haji Malaysia, Tengku Aziz Raja Abdullah seperti dikutip Berita Harian edisi beberapa hari lalu.Menurut Aziz, arahan Kerajaan Arab Saudi menyatakan bahwa kawasan itu adalah kawasan untuk bermalam di Muzdalifah, sedangkan kawasan yang seharusnya tidak ditempatkan jemaah haji. Tempat itu dinamakan Muhassir, lembah yang terletak antara Muzdalifah dan Mina. Mengikut pendapat Imam Syafi’ie dalam Al-Umm, Muzdalifah bermula daripada dua Ma`zamain (banjaran) Arafah hingga sampai ke Qam (tunduk lingkungan) Muhassir. Qam Muhassir ialah tempat di sebelah kanan dan kiri tempat berkenaan. Tempat belakang, hadapan, lembah dan bukit kawasan itu semuanya adalah Muzdalifah. Permasalahan yang timbul kini, jumlah jemaah haji semakin bertambah dari setahun ke setahun. Justru, apakah dibolehkan jemaah menjadikan tempat bermalam diluaskan ke kawasan Mina/Muzdalifah melebihi kawasan asal iaitu Muhassir. Apakah boleh dan sah bermalam di Muzdalifah di luar kawasan asal yang sudah ditentukan. Apakah kawasan yang dimaksudkan Muhassir itu sah dengan memanfaatkan Muzdalifah disebabkan keadaan darurat dalam suasana jemaah haji yang terlampau ramai. Nabi SAW tidak menjelaskan secara tepat batas Muzdalifah dan Mina. “Hal ini menjadi bahan ijtihad fukaha kerana ketiadaan nas qat`ie (jelas) mengenainya.” Aziz mengutip pendapat Prof Dr Wahbah Al Zuhali yang menyatakan bahwa Batnu (wadi) Muhassir adalah kawasan antara Mina dan Muzdalifah. Al-Hanafiah menyatakan makruh bermalam Muzdalifah di Muhassir, tetapi jika bermalam juga di situ ia tetap sah tetapi makruh. Juga mafhum daripada kata Iman Al Hanafiah ini, boleh bermalam dalam keadaan terpaksa dan sah menurut Al-Hanafiah juga bermalam keseluruhan malam hingga ke fajar hari ke 10 Zulhijah di Muzdalifah adalah sunat, tetapi berhenti atau lalu sekejap dalam sebarang keadaan di Muzdalifah adalah wajib. Bekas Ketua Hakim Syarie Qatr, Al Syeikh Abdullah Zaid Al-Mahmud pula menyatakan jika Mina dipenuhi manusia, maka harus untuk turun bermalam di mana-mana kawasan sekitarnya daripada bumi Muzdalifah, Arafah atau Muhassir. “Ia berlaku akibat darurat yang perlu diambil menurut kadarnya dan kesulitan mendatangkan kesenangan.” Mufti Besar Arab Saudi, Al-Marhum Al-Syaik Ben Bez pula menfatwakan apabila seorang jemaah haji berusaha mencari tempat untuk bermabit di Mina tetapi tidak mendapat tempat, maka tidak menjadi masalah dia bermabit di luarnya dan tiada dam baginya kerana dia tiada kemampuan. Menurut Prof Manna` Khalil al- Qatthan, adalah boleh menganggap semua tempat ini sebagai tempat Mauqif (berhenti) dan mabit (bermalam) atas dua sebab: Pertama, kaedah umum fikih (darurat membenarkan perkara yang luar daripada kebiasaan). Kedua, kaedah usul fikih (hajat boleh menempati tempat darurat yang am atau khas) Jelasnya, jika hukum ini berlaku kepada bermalam di Muzdalifah dikira sah, maka ia juga boleh diterima jika perkara ini berlaku kepada masalah bermalam di Mina. Dengan kata lain, sah jika dalam keadaan darurat bermalam di Muhassir kerana ketiadaan tempat untuk bermalam. Keadaan itu juga boleh berlaku kepada bumi Mina, jika tidak ada tempat untuk bermalam di Mina disebabkan tidak ada tempat duduk yang sempurna dan juga bersandar kepada keselamatan jemaah haji walaupun di Muhassir. Oleh itu, perlu diingat juga perubahan, pembaharuan dan pembangunan yang dibuat oleh Kerajaan Arab Saudi, seperti jamarat, tempat sai, kawasan Masjidil Haram dan lain-lain tempat sudah disepakati menjadi daerah perbadatan haji. (MH; informasihaji com)
Monday, November 26, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment